Pendaftaran eKelas Maxis Tahun 2020
19 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2020, telah diadakan Pendaftaran bagi pelajar eKelas Tahun 2020. Bagi memberi persiapan awal dan kelas tambahan secara percuma kepada komuniti setempat, pelajar perlu mendaftar di dalam Portal eKelas terlebih dahulu untuk mengikuti kelas tambahan ini. Portal eKelas memberikan pengalaman pembelajaran secara digital dan menyeronokkan. Portal eKelas telah dilancarkan pada 2 tahun lalu sebagai medium pembelajaran sama ada di Pusat Internet atau menggunakan telefon pintar di rumah.
Maxis eKelas tahun 2020 bakal menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai seperti pembelajaran secara langsung, aktiviti berkumpulan dan eksperimen, ujian penilaian dan Pertandingan Drama Bahasa Inggeris. Maxis menawarkan pelbagai hadiah menarik dan telah menarik lebih ramai pelajar untuk menyertai kelas tambahan ini. Maxis eKelas menawarkan pembelajaran tambahan bagi subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: